ESSCOM Tumpas Aktiviti Haram RM433,077 di Sandakan, 25 PATI Ditahan

ESSCOM Tumpas Aktiviti Haram RM433,077 di Sandakan, 25 PATI Ditahan

0
SHARE

SANDAKAN: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan manakala pelbagai kesalahan bernilai RM433,077 dikesan dalam Operasi Bersepadu ESSCOM di beberapa lokasi sekitar daerah ini, pada 29 hingga 30 Julai.

Operasi melibatkan kawasan penempatan setinggan dan pusat bandar itu turut membongkar kegiatan penyeludupan, penyalahgunaan barang kawalan, sambungan utiliti haram serta pelanggaran pelesenan perniagaan.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B Sanjos berkata, operasi bersepadu berasaskan risikan itu bukan sahaja berjaya menahan PATI, malah mengesan pelbagai aktiviti haram yang memberi kesan kepada keselamatan dan ekonomi.

Pendekatan ini membolehkan tindakan menyeluruh diambil terhadap pelbagai bentuk pelanggaran undang-undang yang menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Dalam operasi sama, rokok seludup, minyak masak bersubsidi, kabel elektrik haram serta telur penyu antara yang dirampas, manakala dua lelaki turut ditahan bersama dadah disyaki syabu.

Victor berkata ESSCOM akan terus mempergiat operasi seumpama itu bagi memastikan ESS Zone kekal selamat dan teratur.