Ketua Menteri, Isteri Ziarah Keluarga Dua Allahyarham

Ketua Menteri, Isteri Ziarah Keluarga Dua Allahyarham

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menziarahi keluarga dua Allahyarham dalam kunjungan berasingan di Kota Kinabalu dan Tuaran, hari ini.

Hajiji terlebih dahulu menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Khalil Jamalul di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Selesa, Kepayan, di sini, kira-kira jam 1.40 petang.

Allahyarham Khalil, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan bekas Pengarah Yayasan Sabah, meninggal dunia pada 29 September 2026.

Beliau turut mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negeri Sabah, khususnya ketika berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta menerajui Yayasan Sabah.

Ketua Menteri kemudian meneruskan ziarah ke kediaman Allahyarham Daya Sad di Kampung Raganan, Tuaran, kira-kira jam 2.40 petang.

Allahyarham ialah bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.

Dalam kedua-dua kunjungan itu, Hajiji dan Juliah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ketua Menteri diiringi Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.