VivaCity Pamer Karya Seni 13 Pasukan

VivaCity Pamer Karya Seni 13 Pasukan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bertemakan VivaCity, 13 pasukan mempamerkan karya seni pemasangan 3D dan Eco-Sculptures di Taman Awam Teluk Likas.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata acara tersebut menampilkan hasil kerja berpasukan para peserta daripada Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Denmark, dan Finland.

“Pemasangan karya-karya adalah berteraskan prinsip pembangunan mapan, perlindungan ekologi, pemuliharaan sumber dan penjagaan alam sekitar.

“Seni merupakan cara untuk menarik perhatian masyarakat kepada prinsip-prinsip asas berkenaan melalui nilai yang disampaikan dalam setiap karya.

“Budaya seni moden dapat memberi sumbangan besar kepaada kemeriahan bandar, peningkatan aktiviti pelancongan, kualiti hidup dan menggalakkan aktiviti kreatif dalam komuniti,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Installation Art By The Bay @ KK 2022 9th Edition.

Karya-karya seni yang dipamerkan di Taman Awam Teluk Likas tersebut dihasilkan daripada bahan kitar semula antaranya kotak, botol plastik, tayar, negative filem dan serpihan cermin.

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian antaranya ialah SH Art Studio (Denmark), TAPS (KL), Penang Island Gallery, EcoHearts, Arts by Dion, Lee’s Creative Tyres, EcoGeeks, Deco Art and Craft Team, The Scrubs, JF Production dan KopiPKAN.

Joniston berharap agar Sabah terus dapat dipromosikan sebagai hab eko-seni Borneo pada masa depan demi memperkukuh kesedaran dan pendidikan positif melalui kesenian dengan pemahaman serta penghayatan seni visual.