KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menyerahkan sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini.
Sumbangan itu diserahkan kepada Pengarah HQE II, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim, di pejabat pengarah dan disaksikan oleh ketua-ketua jabatan hospital berkenaan.
Hajiji berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu kelancaran urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan HQE II.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr. Parvin Rubon A/L Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr. Eva Candra Susanti binti Suhali; dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey.






