KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan sebanyak 2,131 KES jangkitan baharu hari ini iaitu penyusutan sebanyak 586 kes berbanding semalam.
Hampir seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan trend penurunan kecuali di Tambunan, Penampang dan Papar.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menekankan ancaman penularan baru sungguhpun berlaku penurunan pada skala besar.
“Ancaman itu masih wujud dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik dalam komuniti yang amat tinggi iaitu 69 peratus…
“Kes jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes baharu hari ini di 25 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam rumusan harian kes.
Masidi berkata enam (6) kes hari ini masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 4 dan terdapat satu (1) kes dalam Kategori 5.
Tambahnya, sebanyak 231 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin dengan 129 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 677 (1,350)
Penampang – 199 (184)
Tuaran – 145 (131)
Papar – 122 (120)
Kota Belud – 100 (79)
Tawau – 98 (84)
Keningau – 97 (113)
Beaufort – 94 (108)
Tenom – 67 (79)
Tambunan – 64 (19)
Sandakan – 63 (64)
Kota Marudu – 58 (44)
Sipitang – 54 (39)
Kuala Penyu – 45 (16)
Putatan – 36 (62)
Pitas – 28 (16)
Kudat – 28 (28)
Telupid – 23 (2)
Ranau – 23 (36)
Tongod – 20 (14)
Lahad Datu – 19 (56)
Kinabatangan – 18 (16)
Beluran – 17 (19)
Nabawan – 16 (14)
Kalabakan – 8 (10)
Semporna – 6 (7)
Kunak – 6 (7)





