ADAKAH BENAR? KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, MERUPAKAN KERAJAAN YANG GAGAL MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19

ADAKAH BENAR? KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, MERUPAKAN KERAJAAN YANG GAGAL MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Senario politik yang berlaku di negara ini sangat membimbangkan di mana ketika ini negara masih berusaha keras melawan penularan jangkitan wabak COVID-19.

Ini dapat dilihat daripada media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan portal atau blog atas talian (online) yang memaparkan beberapa ayat yang sering digunakan, ataupun ‘popular’.

Antara ayat ‘popular’ yang sering diguna pakai dalam seminggu dua ini adalah;

1. Kerajaan PN, adalah Kerajaan yang GAGAL.

2. Ayat kedua paling popular, PM TS Muhyiddin Yassin don’t have the numbers. I (Anwar Ibrahim), have the numbers.

3. I (Ku Li), could be the interim Prime Minister, WHY NOT ?

4. Who is UMNO Prime Minister candidate, if UMNO go solo without Perikatan Nasional ?

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL (PN) GAGAL?

Beberapa pemain politik dalam sehari dua ini mula menggunakan Naratif – Kerajaan PN PM TSMY adalah Kerajaan yang GAGAL.

“Gagal dalam menangani Pandemik Covid. Dengan adanya perintah Darurat pun, kononnya Kerajaan masih Gagal.”

Pemain-pemain politik ini cuba menggunakan Naratif yang sama seperti dulu di mana untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – mereka (PH) di panggil “Kerajaan Hancing. Kena Kenching”.

Strategi dan Naratif yang hampir sama ini telah di guna-pakai untuk menjatuhkan Kerajaan PN ketika ini iaitu dengan menggunakan Naratif – KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL GAGAL.

Tetapi, malangnya Rakyat bukan bodoh. Rakyat sudah bijak. Tidak mungkin Rakyat tertipu dua kali.

Kegagalan Kerajaan PH, tidak boleh di samakan dengan Kerajaan PN. Kerana Kerajaan PH yang gagal-lah, menyebabkan Parti BERSATU meninggalkan PH dan membina Kerajaan yang baharu yang di panggil Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama dengan UMNO, PAS, GPS dan lain-lain parti yang mempunyai perjuangan yang sama.

JOM TENGOK THE NUMBERS

STATUS TERKINI COVID 19 DI NEGARA MALAYSIA;
(22 April 2021)

Jumlah kes harian baru ialah 2,875 kes.
Jumlah kes keseluruhan : 384,688 kes.
Jumlah kes sembuh : 361,267 kes (93.91%).
Jumlah mati : 1,407 kes (0.37 %).
Kes masih aktif : 22,014 kes = (5.72%).

SEMBUH : 93.91 %
Antara tertinggi di dalam dunia.

KEMATIAN : 0.37 %
Antara terendah di dunia.

KES COVID DI DUNIA;
(22 April 2021)

Jumlah kes : 141 juta kes.
Sembuh : 80.4 juta kes.
Masih Aktif : 60.2 juta kes.
Kematian : 3.01 juta orang.

KES COVID DI INDIA;
(22 April 2021)

Jumlah kes : 15.9 juta kes.
Sembuh : 13.5 juta kes.
Masih Aktif : 2.4 juta kes.
Kematian : 185,000 orang.

Kes harian pada 21 April 2021 : 314,644 kes.
Tertinggi di dunia.

KES COVID DI INDONESIA;
(22 April 2021)

Jumlah kes : 1.62 juta kes.
Sembuh : 1.48 juta kes.
Masih Aktif : 140,000 kes.
Kematian : 44,007 orang.

Kes Harian pada 21 April 2021 : 5,720 kes.

KES COVID DI THAILAND;
(22 April 2021)

Jumlah kes : 46,643 kes.
Sembuh : 26,873 kes.
Masih Aktif : 19,770 kes.
Kematian : 110 orang.

Kes Harian pada 21 April 2021 : 1,458 kes.

Thailand amat cemerlang menangani Pandemik COVID-19 kerana telah bertindak awal menutup sempadan negara mereka.

PERSOALAN-NYA???

Adakah Kerajaan PN PM Tan Sri Muhyiddin GAGAL HARI INI, menangani Pandemik COVID-19 ?

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

LIHAT ANGKA-ANGKA TERKINI – JUMLAH KES HARIAN;
(22 APRIL 2021)

MALAYSIA
2,875 kes.

INDIA
314,644 kes.

INDONESIA
5,720 kes.

THAILAND
1,458 kes.

Jika dilihat angka-angka kes harian ini,  angka kes harian dari Malaysia tidak jauh dengan angka harian dari negara Thailand. Tetapi jauh dari angka harian negara Indonesia dan India. India PALING TERTINGGI di dunia dengan angka harian melebihi 300 ribu sehari.

Lagi, mahu tuduh Kerajaan PN PM TS Muhyiddin Yassin GAGAL? Lagi mahu tuduh Menteri Kesihatan, DS Dr. Adham Baba, GAGAL? Come On, tidak logikkan.?

Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah…

 Lagi mahu tengok data? Lagi mahu tuduh Kerajaan PN, tipu data, agar Darurat di sambung lagi 6 bulan. Amat Tidak Logik.

AMBIL PENGAJARAN INI. JANGAN BUAT SILAP KALI KEDUA

Gelombang (wave) ke-2 COVID-19, adalah kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Salah siapa? Salah Shafie Apdal. Shafie bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk adakan Pilihanraya Negeri Sabah.

Pada asalnya, Shafie ‘curi’ Kerajaan BN Musa Aman. Apabila Kerajaan Shafie mahu tumbang, Shafie bubar Dewan. Paksa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal…

Angka (numbers) kes COVID-19 naik selepas PRN Sabah. Sekali pengajaran ini, masih tidak cukup untuk pemimpin-pemimpin politik Negara ini, yang mahu berebut kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Mereka hendak jatuhkan Kerajaan PN yang dipimpin PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Sama ada secara Undi Tidak Percaya, di Dewan Rakyat. Paksa Dewan Rakyat bersidang segera. Atau tumbangkan Kerajaan PN, dengan memaksa Pilihanraya Umum ke 15, di adakan segera.

Nasihat YDP Agong, agar Perintah Darurat ini di ambil sebagai satu kaedah untuk stabilkan politik, tidak di pedulikan.

Perintah Darurat ini di buat oleh YDP Agong (atas nasihat Kerajaan), adalah agar Kerajaan boleh mengambil langkah-langkah untuk memulihkan Negara melalui pemberian VAKSIN COVID-19 kepada Rakyat serta pemulihan ekonomi dalam dan luar Negara.

Sumber Foto: Istana Negara…

Nampaknya, perkara ini tidak di pedulikan oleh sesetengah pemimpin politik, yang mahukan kuasa tanpa memikirkan Nyawa dan Keselamatan Rakyat.

Akhirnya, dengan data-data dan huraian di atas, adalah amat jelas, KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PM TSMY ini, TIDAK GAGAL.

Malahan, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang lakukan yang terbaik bersama Menteri-Menteri Kabinet yang berusaha memikul tanggungjawab ini seperti DS Ismail Sabri, Dr. Adham Baba dan Khairi Jamaluddin.

Rakyat melihat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini perlu meneruskan usaha dalam memulihkan dan menyelamatkan Rakyat dan Negara.

RAKYAT MEMERHATI – Rakyat mahu pemimpin-pemimpin politik sedar, kuasa dan kedudukkan politik di dalam Negara ini, walaupun penting.

Keselamatan Negara dan Nyawa Rakyat lebih penting dan perlu di Utamakan.

KESIMPULANNYA;

KERAJAAN PN – TIDAK GAGAL – Urus (Handle) COVID-19.

DALAM BAHASA INGGERIS
“Put politics aside for time being. Life are more important, then politics.”

Artikel asal ini adalah dipetik daripada pandangan pengarang (DSBA) dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Sabah News.