ADUN Sungai Manila Cedera Ringan Selepas Alami Kemalangan

ADUN Sungai Manila Cedera Ringan Selepas Alami Kemalangan

0
SHARE
Sumber foto ihsan daripada PDRM...

SANDAKAN, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Mokran Ingkat, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat rodanya terbabas lalu terbalik di Batu 26, Jalan Labuk, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Hamin berkata kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

Kata beliau, Mokran bersama seorang rakan dan pemandunya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

“Mereka hilang kawalan ke kiri jalan dan cuaca hujan pada waktu itu,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Azhar berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent bagi mendapat rawatan lanjut.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Rule 10LN 166/59 Akta Pengangkutan Jalan.