TONGOD: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah barisan hadapan paling hampir dengan rakyat dan memainkan peranan penting menyampaikan dasar kerajaan, kata ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah.
“Mereka adalah mata dan telinga kerajaan yang perlu sentiasa peka terhadap aduan serta keperluan penduduk setempat,” katanya semasa merasmikan majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Tongod bagi sesi 2025–2027.
Beliau turut menegaskan agar ahli majlis menjalankan tugas dengan integriti, turun padang dan tidak menyalahgunakan kuasa.
“Kita tidak mahu popular, tetapi mahu berbakti kepada masyarakat dengan amanah yang diberi,” tegasnya.
Menurutnya, pelantikan dibuat berdasarkan kebolehan, bukan semata-mata jawatan politik, dan beliau berbangga dengan kepelbagaian latar belakang ahli majlis kali ini yang diyakini mampu memperkukuh pentadbiran tempatan.