KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah menerima sebanyak 133 laporan dan membuka 40 kertas siasatan sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pembuangan undi PRU-15 semalam.
Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata ianya telah berjalan dengan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
“Terdapat kelewatan penghantaran pergi dan balik peti undi ke pusat pengundian disebabkan oleh banjir dan cuaca yang tidak baik dan kesukaran penggunaan helikopter namun semuanya berjaya diatasi dengan baik dan sempurna…
“Pihak Polis Diraja Malaysia Sabah merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak secara langsung atau tidak langsung dalam membantu proses Pilihan Raya Umum ke-15 berjalan dengan baik dan lancar,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.





