India Lancar Serangan Besar ke Atas Pakistan, 26 Disahkan Terbunuh

India Lancar Serangan Besar ke Atas Pakistan, 26 Disahkan Terbunuh

0
SHARE

PAKISTAN: India melancarkan serangan ke atas sembilan lokasi di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan pagi Khamis dengan mendakwa ia adalah infrastruktur pengganas yang merancang serangan ke atas India.

Pakistan melaporkan sekurang-kurangnya 26 orang awam terbunuh dan 46 cedera ekoran 24 peluru berpandu yang menyasarkan sembilan kawasan dari jam 1.05 hingga 1.30 pagi.

Serangan itu mencetuskan pertempuran terburuk antara dua negara bersenjata nuklear itu dalam lebih dua dekad.
Pakistan menembak jatuh lima jet pejuang India, dakwanya, walaupun India tidak mengesahkan perkara itu.

Tiga jet India dilaporkan terhempas di Kashmir India, menurut laporan France 24 yang memetik sumber tempatan.
Pakistan menyifatkan serangan India sebagai “tindakan perang terbuka” dan memaklumkan Majlis Keselamatan PBB bahawa ia berhak bertindak balas.

Kedua-dua negara turut berbalas tembakan artileri di sepanjang sempadan di Kashmir.

Ini adalah kali pertama sejak gencatan senjata 2003 serangan besar-besaran seperti ini berlaku.

Serangan India dinamakan “Operasi Sindoor”, sempena serbuk merah yang sinonim dengan perkahwinan Hindu.
Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru agar kedua-dua pihak bertenang.

Penganalisis menjangkakan tindak balas besar daripada Pakistan berikutan skala serangan India yang jauh lebih besar berbanding insiden 2019.