Kelindan Remaja Maut Lori Bertembung

Kelindan Remaja Maut Lori Bertembung

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Seorang kelindan lori 3 tan jenis Isuzu NPR maut di Jalan Segama sini selepas bertembung dengan dengan lori tangki kira-kira 5 pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti pihak Bomba sebagai Muhamad Raziq Ikhwan, 19.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pemandu lori pula, seorang lelaki, mengalami cedera parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia…

“Pemandu lori yang cedera parah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital menggunakan Ambulans.

“Pemandu lori ‘tanker’, seorang lelaki berumur 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Tambahnya tiada liputan telefon pada lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 7.50 pagi.