Pandelela, Dhabitah Bawa Pulang Pingat Gangsa Acara 10m Platform Seirama

Pandelela, Dhabitah Bawa Pulang Pingat Gangsa Acara 10m Platform Seirama

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Gandingan aksi ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg bersama rakan senegaranya Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10 meter (m) plaftorm seirama wanita dalam Kejohanan Dunia 2022 akhirnya membawa pulang pingat gangsa semalam.

Dalam acara tersebut, Pandelela-Dhabitah meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan…

Jumlah keseluruhan mata mereka hanya dibezakan 0.72 mata sahaja berbanding pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young yang meraih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.

Pingat emas acara tersebut dimenangi pasangan China Quan Hongchan-Chen Yuxi selepas mengutip 368.40 mata.

Untuk rekod, pingat gangsa yang diraih Pandelela merupakan pingat gangsa kedua peribadi buat dirinya dalam edisi kali ini selepas terdahulu memenanginya dalam acara 10m platform individu.

Bagi Dhabitah pula, pingat tersebut merupakan yang pertama buat dirinya di Kejohanan Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi terdahulu, pada 2015, 2017 dan 2019.