Warga China Kerja Tanpa Pas, Polis Semporna Terima Lima Laporan Dari Pengusaha...

Warga China Kerja Tanpa Pas, Polis Semporna Terima Lima Laporan Dari Pengusaha Pelancongan

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Polis daerah ini menerima sebanyak lima laporan daripada pengusaha pelancongan tempatan yang menyatakan ketidakpuashatian akan warga China yang bekerja tanpa pas lawatan yang sah.

Ketua Polis Daerah Semporna, mau Superintendan Sabri Zainol dalam sebuah kenyataan berkata, pihaknya telah menerima laporan-laporan itu semalam.

“Mereka turut menyatakan golongan ini dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan perniagaan di dalam daerah ini.

“Kes ini akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk tindakan lanjut,” jelasnya.