KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah bersetuju mewujudkan system berintegrasi secara atas talian untuk mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jalan oleh syarikat-syarikat.
Menteri Kewangan II Sabah, Dautk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dilaporkan baru-baru melalui sesi khidmat nasihat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah.
Katanya sistem itu akan khususnya melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
“Kerajaan sejntiasa komited mengekang aktiviti korupsi…
“Oleh itu, langkah-langkah seperti menambah baik proses penguatkuasaan dan kutipan akan dilakukan.
“Ini termasuklah pindaan jika perlu, ke atas undang-undang dan peraturan-peraturan bagi memastikan ketirisan tidak berlaku dan kepentingan Kerajaan Negeri terjaga,” katanya.
Beliau berkata satu unit tindak khas akan dibentuk melibatkan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, MPOB dan SPRM bagi tujuan mengutip semula cukai jualan sekiranya ada yang masih belum diisytiharkan.
“Pihak KKN Sabah bersetuju memberikan tempoh moratorium Bayaran Balik Cukai kepada syarikat yang terlibat…
“Syarikat-syarikat boleh memohon untuk taksiran semula sekiranya mereka membuat pengisytiharan butiran yang tidak betul dan membayar cukai yang sebenar selepas taksiran dibuat oleh pihak KKN Sabah,” tegasnya.





