Ahli Parlimen Julau Cadang Status Bumiputera Diberikan kepada Masyarakat Cina Sarawak

Ahli Parlimen Julau Cadang Status Bumiputera Diberikan kepada Masyarakat Cina Sarawak

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK: Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng, mencadangkan agar masyarakat Cina di Sarawak diberikan status Bumiputera, memandangkan sejarah panjang dan sumbangan signifikan mereka kepada negeri itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Sng menyatakan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat Cina Sarawak mempunyai keturunan yang telah menetap di negeri ini selama lebih 150 tahun.

Beliau menekankan bahawa majoriti mereka lahir di Malaysia dan telah banyak berjasa dalam pembangunan ekonomi negeri.

Cadangan ini timbul selepas salah seorang kakitangan beliau yang berketurunan campuran Cina-Orang Ulu berjaya memperoleh status Bumiputera.

Beliau melihat perkembangan ini sebagai langkah positif bagi mereka yang berketurunan campuran, yang sebelum ini menghadapi kesukaran dalam mewarisi tanah adat dan peluang pekerjaan.

Sng turut berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memberikan status Bumiputera kepada masyarakat Cina Sarawak dan menggubal undang-undang yang berkaitan demi kepentingan bersama.