AirAsia Lancar Dua Laluan Baharu ke Indonesia: Palembang dan Semarang

AirAsia Lancar Dua Laluan Baharu ke Indonesia: Palembang dan Semarang

0
SHARE

PALEMBANG: AirAsia Malaysia (AK) mengumumkan pelancaran dua laluan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Palembang dan Semarang.

Pelancaran laluan ini akan terus memperkukuh hubungan udara Malaysia-Indonesia dengan keseluruhan 188 penerbangan mingguan.

Penambahan iniĀ  turut menjadikan AirAsia kini menghubungkan 15 destinasi di Indonesia, termasuk Jakarta, Bali, Medan, dan Yogyakarta, sekali gus menjadikannya syarikat penerbangan asing dengan rangkaian paling luas di negara tersebut.

Pelancaran laluan ini bertepatan dengan pembukaan semula Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II (Palembang) dan Jenderal Ahmad Yani (Semarang) kepada perkhidmatan antarabangsa, menjadikan AirAsia penerbangan pertama yang kembali ke kedua-dua bandar itu.

Sempena pelancaran, tambang promosi sehala ditawarkan serendah RM159 ke Palembang dan RM199 ke Semarang dari Kuala Lumpur, serta IDR499,000 dan IDR799,000 dari Indonesia ke Malaysia.

Tempahan boleh dibuat hingga 29 Jun 2025 untuk perjalanan antara Julai 2025 hingga Mac 2026.

Langkah ini dijangka menyokong sasaran pelancongan Indonesia untuk mencapai 16 juta pelancong antarabangsa dan menyumbang kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.