MUMBAI, INDIA – Pelakon TV dan filem India yang popular, Siddharth Shukla telah meninggal dunia di Mumbai pada usia 40 tahun.
BBC melaporkan Shukla telah meninggal dunia ketika dia dibawa ke Hospital Cooper di India pada Khamis baru-baru ini menurut seorang doktor di hospital berkenaan.
Walau bagaimanapun, doktor itu tidak menyatakan punca kematiannyaaktor tersebut, tetapi akhbar tempatan India melaporkan bahawa dia telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Rakan sekerja Shukla dari industri TV dan filem telah memberi penghormatan dan juga menyatakan rasa terkejut kerana dia meninggal pada usia yang begitu muda disaat kemuncak namanya dalam industri TV dan filem.

Shukla membintangi sejumlah rancangan TV hit dan juga berlakon dalam filem Bollywood.
Dia juga membuat debut TV dengan Babul Ka Aangann Chootey Na pada tahun 2008 dan terus berlakon dalam banyak lagi rancangan.
Pada tahun 2014, dia membuat debut Bollywood di Humpty Sharma Ki Dulhania yang mana filem ini telah berjaya membawa kemasyhuran kepada aktor itu.
Popularitinya semakin meningkat setelah memenangi edisi ke-13 rancangan TV realiti popular ‘Bigg Boss’ (berdasarkan rancangan Amerika Big Brother) pada tahun 2019.
Selain itu, Shukla turut memenangi rancangan TV realiti lain ‘Khataron ke Khiladi’ (berdasarkan siri Amerika Fear Factor) dan kemudian menjadi tuan rumah rancangannya sendiri seperti ‘Savdhaan India’ dan ‘India Got Talent’.