SABAH TIDAK RAGU-RAGU BINCANG USUL KHAS GUBAL UNDANG-UNDANG KESIHATAN – KM HAJIJI

SABAH TIDAK RAGU-RAGU BINCANG USUL KHAS GUBAL UNDANG-UNDANG KESIHATAN – KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri tidak ragu-ragu membincangkan isu seperti usul khas untuk menggubal undang-undang kesihatan yang baru dikemukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagaimanapun mengatakan hal itu bergantung kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ingin menerima usul khas itu.

Apabila ditanya jika Kerajaan Negeri akan menyokong usul itu, Hajiji yang juga Ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata: “Kami akan melihat apa yang terbaik untuk Sabah. Kami tidak mempunyai masalah untuk membincangkan dan melaksanakan apa yang perlu untuk kebaikan rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Projek Jejantas ‘Sky Bridge’ hari ini.

Dia diminta mengulas usul khas yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedict dan rakan sejawatnya dari Luyang, Ginger Phoong untuk DUN membincangkan usul undang-undang baru mengenai pencegahan dan kawalan penyakit.

Datuk Ewon Benedict dan Ginger Phoong…

Menurut mereka, usul berkenaan akan membuka jalan bagi Kerajaan Sabah untuk mendapat kuasa bagi membuat keputusan penting dalam memperbaiki sistem kesihatan negeri di tengah pandemik COVID-19 ini tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan Persekutuan.

“Ini juga sejajar dengan semangat di sebalik Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjanjikan rakan kongsi setara dalam persekutuan Malaysia…

“Apa yang penting adalah disiplin diri. Jangan hadir perkumpulan biar sekecil mana pun. Berkurung lah di rumah buat masa ini dan keluar jika hanya perlu. COVID-19 sudah berada dalam komuniti kita dan ianya sukar untuk dikesan.

“Ada juga cadangan untuk membuat ‘Lockdown’ (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi seluruh Sabah tapi ini dilihat akan membawa kepada implikasi lain.

“Semuanya kembali kepada rakyat Sabah sendiri untuk menjaga diri dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji mengatakan dia akan bertemu dengan Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin yang dijangka mengunjungi Sabah pada Isnin depan (6 Sept).

Khairy Jamaluddin…

Antara isu yang menjadi agenda utama ialah kesesakan di hospital kerana bilangan pesakit COVID-19 yang tinggi berbanding katil yang ada.

Atas cadangan bahawa keraajan mempertimbangkan penggunaan Hospital Medan kepunyaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ketua Menteri mengatakan bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik kemudahan dan bantuan daripada mereka.

Mengenai keadaan banjir semasa ekoran hujan lebat di kebanyakkan daerah Sabah, Hajiji berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah masing-masing telah diaktifkan untuk mengendali keadaan.