PPTD SL BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS ‘SARIPUDDIN HUSIN’ BERHUBUNG PELANTIKAN PEGAWAI...

PPTD SL BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS ‘SARIPUDDIN HUSIN’ BERHUBUNG PELANTIKAN PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD SL) membuat laporan polis sekaligus menafikan bantahan pelantikan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah yang baharu, Puan Rafidah Datu Derin.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang semalam terhadap pemilik akaun Facebook ‘Saripuddin Husin’ yang mendakwa berlakunya nepotisme dan ketidaklayakan gred jawatan pada pelantikan tersebut.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Penampang terhadap pemilik akaun Facebook ‘Saripuddin Husin’ oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD SL)…

“Rafidah baru memegang Gred M54 dan sepatutnya di isi oleh JUSA C, tetapi dengan campur tangan Ketua Menteri Sabah atas faktor kekeluargaan beliau dilantik,” dakwanya.

Selain itu, ‘Saripuddin Husin’ terus mendakwa kononnya Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditukar dengan seorang pegawai yang tidak berpengalaman.

Pengadu, iaitu Jackson Taugah dalam laporannya menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan dari mana-mana ahli PPTD SL seperti yang dinyatakan pendakwa “mengganggu pengurusan Perkhidmatan Awam Malaysia”.