Amaran Ribut Petir di Pantai Barat Sabah

Amaran Ribut Petir di Pantai Barat Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah Pantai Barat Sabah sehingga jam 1 tengah hari.

Antara kawasan terlibat ialah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu berpotensi membawa hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlarutan lebih daripada satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” kata kenyataan yang dikeluarkan apda jam 10.10 pagi itu.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada terutama pengguna jalan raya serta penduduk di kawasan berisiko banjir kilat dan pokok tumbang akibat angin kencang.