Tidak Mampu Menjaga Diri Sendiri, Lelaki Kedua Tertinggi Di Dunia Kini Tinggal...

Tidak Mampu Menjaga Diri Sendiri, Lelaki Kedua Tertinggi Di Dunia Kini Tinggal Di Rumah Penjagaan London

0
SHARE

LONDON – Individu yang pernah menjadi perhatian dunia tidak semestinya menjamin kehidupannya akan senang pada masa yang mendatang. Ini berlaku kepada seorang lelaki KEDUA TERTINGGI di dunia iaitu Hussein Bisad yang mana dia kini dilaporkan tinggal di sebuah rumah penjagaan untuk orang-orang yang tidak mampu menjaga diri sendiri di Brent, utara London.

Hussein, 46, tinggal di rumah tersebut selepas menerima pemindahan buah pinggang pada Februari tahun lalu.

Memetik laporan portal Mirror.co, Hussein baru-baru ini perlu menggunakan mesin dialisis sebanyak tiga kali sehari ekoran keseriusan penyakit buah pinggangnya.

Hussein turut mendedahkan bagaimana perkara-perkara dalam kehidupannya terpaksa ditangguhkan selama lima tahun selepas dia menghidap masalah kesihatan.

Hussein Bisad…

Dia turut dilaporkan menghadapi masalah tubuh badannya yang sentiasa mengeluarkan banyak hormon pembesaran.

Hussein yang telah berkahwin meskipun belum mempunyai anak berimpian untuk pulih sepenuhnya daripada penyakitnya itu dan ingin kembali ke negara kelahirannya Somalia serta membawa balik isterinya, Yasmin kembali ke London agar dapat tinggal bersamanya.

Hussein dilaporkan mempunyai ketinggian 2.32 meter dan pernah menjadi manusia paling tinggi di dunia sebelum kemunculan seorang rakyat Turki, Sultan Kosen, 38, yang telah dinobatkan sebagai manusia tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.51 meter pada tahun 2011.