Ezlynn Failkan Permohonan Cerai Terhadap Suaminya

Ezlynn Failkan Permohonan Cerai Terhadap Suaminya

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ezlynn, seorang penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye dan juga pelakon bagi filem Zombi Kampung Pisang, telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Azline Ariffin, 36, yang lebih dikenali sebagi Ezlynn memfailkan permohonan itu melalui peguamnya pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, defenden iaitu Adam Fahmy tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu dan mahkamah telah memerintahkan kepada mereka untuk menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Mengikut arahan mahkamah berkenaan perlantikan JKP hendaklah dikalangan ahli keluarga yang rapat bagi defendan dan plaintif. Ezlynn, plaintif melantik kakak kandungnya sendiri manakala Adam, defendan melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP.

Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan JKP tersebut.

Ezlynn dan Adam Fahmy telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan zuriat.