Sabah Catat Peningkatan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Peningkatan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan 30 kes baharu hari ini dengan jumlah 476 KES.

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, baru sahaja kelmarin berlakunya penurunan 44 kes.

“Bilangan daerah yang mencatatkan kes dua angka meningkat kepada 12 daerah hari ini berbanding 11 daerah kelmarin…

“Cuma tiga daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Sabah dengan 93 kes (+26) diikuti Kota Kinabalu dengan 77 kes (-10) dan Penampang dengan 71 kes (+26).

Masidi berkata jumlah kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala kekal tinggi iaitu 232 orang hari ini.

Angka tersebut merupakan 48 peratus daripada jumlah keseluruhan dan lebih tinggi daripada jumlah kes baharu dikalangan kontak rapat yang cuma 39 peratus.

“Di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu datang daripada saringan bergejala, 33 daripada 77 kes di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes di Penampang…

“Sebanyak 20 kes baharu datang daripada tujuh (7) kluster,” tambahnya.

Sebanyak empat (4) pesakit berada dalam Kategori 3, manakala dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Sandakan – 93 (67)
Kota Kinabalu – 77 (87)
Penampang – 71 (45)
Tuaran – 44 (49)
Tawau – 32 (42)
Ranau – 22 (23)
Semporna – 18 (5)
Beaufort – 18 (17)
Lahad Datu – 17 (18)
Kota Marudu – 16 (7)
Putatan – 13 (15)
Kota Belud – 11 (11)
Papar – 9 (29)
Keningau – 8 (5)
Kinabatangan – 7 (7)
Kunak – 6 (3)
Kudat – 4 (6)
Tenom – 3 (1)
Pitas – 2 (0)
Tambunan – 1 (4)
Kuala Penyu – 1 (1)
Beluran – 1 (1)
Telupid – 1 (3)
Kalabakan – 1 (0)
Nabawan – 0 (0)
Sipitang – 0 (0)
Tongod – 0 (0)