Angka Jangkitan COVID-19 Sabah Terus Stabil

Angka Jangkitan COVID-19 Sabah Terus Stabil

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 22 kes iaitu 4 kes lebih rendah daripada jumlah kelmarin.

Keadaan di semua daerah di Sabah kekal stabil dan terkawal kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 16 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu…

“Lapan (8) daripada 11 daerah yang merekodkan jangkitan baharu masing mencatatkan hanya satu (1) kes baharu. 

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 8 kes (+2), Penampang 4 kes (-1) dan Papar 2 kes (+2),” katanya dalam rumusan harian kes.

Menurut beliau, secara perbandingan, 10 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu dan 7 daerah merekodkan peningkatan kes manakala sepuluh (10) daerah lain kekal dengan angka catatan semalam.

Hanya terdapat seorang pesakit dalam Kategori 3 dan tiga (3) orang pesakit dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 8 (6)

Penampang 4 (5)

Papar 2 (0)

Kalabakan 1 (0)

Kota Belud 1 (1)

Kota Marudu 1 (0)

Pitas 1 (0)

Sandakan 1 (0)

Semporna 1 (1)

Tawau 1 (2)

Tuaran 1 (0)

Beaufort 0 (0)

Beluran 0 (1)

Keningau 0 (2)

Kinabatangan 0 (0)

Kuala Penyu 0 (0)

Kudat 0 (2)

Kunak 0 (0)

Lahad Datu 0 (1)

Nabawan 0 (1)

Putatan 0 (2)

Ranau 0 (0)

Sipitang 0 (0)

Tambunan 0 (1)

Telupid 0 (1)

Tenom 0 (0)

Tongod 0 (0)