Warga Emas Hilang Ditemui Dengan Kecederaan Kepala

Warga Emas Hilang Ditemui Dengan Kecederaan Kepala

0
SHARE

KOTA BELUD: Seorang warga emas yang hilang di hutan Kampung Melangkap Kapa sini sejak Rabu lalu ditemui cedera di bahagian kepala pagi tadi.

Mangsa wanita, Gorin Galais, 74 , ditemui oleh pasukan Bomba bersama orang kampung pada jam 10.43 kira-kira 1.3 KM dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK).

“Beliau ditemui dalam keadan lemah serta mengalami kecederaan dibahagian kepala…

“Pasukan Bomba memberi rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa ke PKTK,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Mangsa kemudiannya dihantar oleh pihak Ambulans ke Hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1. tengah hari,” tambah sumber.

Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari yang kedua pagi tadi setelah keluarga mangsa membuat panggilan kecemasan kira-kira 4 petang semalam.