Anifah Ditawar Jawatan Menteri Luar, Senator Oleh Zahid Jika Tidak Tanding Kimanis

Anifah Ditawar Jawatan Menteri Luar, Senator Oleh Zahid Jika Tidak Tanding Kimanis

0
SHARE
Datuk Seri Anifah Aman hadir sebagai pengucap bagi pembuka ceramah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sulaman Sentral, Sepanggar di sini malam tadi (12 Nov)...

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hadir sebagai pengucap bagi pembuka ceramah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sulaman Sentral, Sepanggar sini, pada malam Sabtu.

Dalam ucapan ringkas, Presiden Parti Cinta Sabah itu mendakwa dijanjikan ganjaran tawaran Jawatan Menteri Luar dan Senator oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jika beliau tidak bertanding di parlimen Kimanis dan memberi sokongan pada calon Barisan Nasional (BN).

“Tapi saya tolak kerana itu bukan saya mahu, saya mahu lunaskan apa-apa yang ada termaktub dalam perlembagaan dan Perjanjian Malayisa 1963 (MA63)…

“Pada tahun 2016 saya pernah adakan forum berkenaan ini, namun diberikan surat ‘AMARAN CINTA’ yang bertulis kenapa tidak melalui kabinet.

“Saya kata pada waktu itu saya rapat dengan Perdana Menteri, untuk setiap tahun, sembilan bulan saya berada di luar negara dan sentiasa mengiringi beliau…

“Pada masa itu saya minta MA63 dilaksanakan dan 40 peratus cukai Sabah dikembalikan supaya industri kecil Sabah dapat bangkit dan anak-anak kita dapat dihantar ke universiti,” katanya.

Beliau berkata sebab dirinya memijak masuk ke arena politik adalah kerana Anwar dan kini mahu membantunya.

“Dalam keadaan ekonomi kita sekarang ini kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu menangani masalah. Tiada lain, tiada bukan, mantan Menteri Ekonomi ini,” katanya.

Hampir semua ahli Parti Cinta Sabah (PCS), yang ditubuhkan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 2018 lalu telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada awal tahun ini.