TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP AHLI YANG MENGINGKARI PARTI – KM HAJIJI

TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP AHLI YANG MENGINGKARI PARTI – KM HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor...

TUARAN, SABAH – UMNO Tuaran perlu mengambil tindakan terhadap ahlinya Noortaip Suhaili @ Sualee yang bertanding sebagai calon bebas di Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Umno Tuaran Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan timbalannya, Datuk Jasnih Daya mengenai perkara itu.

Begitu juga di kawasan lain, beliau berkata tindakan mesti diambil terhadap mana-mana ahli parti yang bertentangan dengan kehendak parti.. 

“Kita mesti ambil tindakan tegas kerana kita tidak mahu rakyat terkeliru,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Kampung Lok Batik di sini kelmarin.

Bersama beliau ialah Penolong Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan calon GRS bagi Tuaran, Timbalan Ketua Bersatu Tuaran, Datuk Kassim Razali yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Menteri Besar dan Ketua Setiausaha Star, Datuk Edward Linggu.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menerima 1,500 borang permohonan keahlian daripada bekas ahli Warisan yang diketuai Abdullah Sani yang merupakan bekas calon Warisan Sulaman pada pilihan raya negeri 2018.