KOTA MARUDU, SABAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas sendiri di tepi jalan Kg Pokok di sini kira-kira 2.50 petang tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagia Erwan Mokot, 41, manakala seorang pembonceng kanak-kanak mengalami kecederaan.
“Pembonceng di bawa ke rumah saudara oleh orang awam. Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam satu kenyataan media.
Katanya operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.30 petang.