KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni kira-kira 15,000 rakyat Sabah dalam Himpunan Perdana Rakyat, pada Ahad.
Kehadiran Anwar disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta beberapa menteri dan timbalan menteri persekutuan antaranya, Datuk Ewon Benedick, Datuk Mustapha Sakmud serta Arthur Joseph Kurup.
Sementara itu, ketika berucap Hajiji mengalu-alukan kedatangan Anwar dan memaklumkan bahawa pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya selari dengan semangat Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Antara menteri kabinet Sabah yang turut hadir ke program itu ialah Datuk Shahelmy Yahya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Datuk Christina Liew Chin Jin serta Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.






