
TAMBUNAN, SABAH – Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) hari ketujuh menjadikan Daerah Tambunan destinasi menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan.
Ketibaan peserta KMJG mendapat sambutan meriah daripada 14 agensi antaranya Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan, Majlis Daerah Tambunan, Jabatan Pertanian, Angkatan Pertahanan awam, Sabah Tourism Association dan Jabatan Kesihatan termasuklah warga sekitar yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Perjalanan KMJG di daerah Tambunan bermula di Pekan Tambunan menuju ke Kg. Mahua seterusnya Kampung Patau sebelum kembali ke Keningau. — JABATAN PENERANGAN SABAH