Warga Kerja Persekutuan, Negeri Pemangkin Gelorakan Bulan Kebangsaan

Warga Kerja Persekutuan, Negeri Pemangkin Gelorakan Bulan Kebangsaan

0
SHARE
Robert
Robert (tiga kanan) memegang Jalur Gemilang dan melepaskan peserta KMJG ke destinasi seterusnya ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KENINGAU, SABAH – Warga kerja persekutuan dan negeri menjadi pemangkin untuk menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik menyeru semua kakitangan awam agar mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis mahupun rumah sempena Bulan Kebangsaan.

“Program pada pagi ini adalah kempen mengibarkan Jalur Gemilang maka semua kakitangan awam persekutuan dan negeri sepatutnya mendahului mengibarkan bendera Malaysia agar menjadi pemangkin patriotik kepada rakyat dan juga anak-anak pelajar sekolah.

“Harapan saya adalah agar semua kakitangan persekutuan dan negeri Sabah untuk mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang kerana kakitangan kerajaan merupakan contoh kepada rakyat khususnya di daerah Keningau agar mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah.

“Tahun ini juga merupakan tahun bersejarah untuk negeri Sabah yang mana buat pertama kali Hari Sabah akan diraikan setelah diwartakan.

“Jadi, sempena dengan Bulan Kebangsaan ini marilah kita sama-sama mengibarkan juga bendera Sabah yang kita cintai,” katanya ketika ditemui media semasa Program Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) daerah Keningau, pada Rabu.

Terdahalu, konvoi KMJG mengagihkan Jalur Gemilang di Rumah Persekutuan Keningau sebelum membuat simbolik agihan bendera kepada empat agensi kerajaan negeri di Bangunan Urusetia daerah tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Penolong Pegawai Daerah Keningau, Christine Tiffany dan Pegawai Penerangan Keningau, Awang Mamun Awang Saman. — JABATAN PENERANGAN SABAH