Azizah Gesa Lebih Ramai Pemimpin Wanita Berkualiti di Sabah

Azizah Gesa Lebih Ramai Pemimpin Wanita Berkualiti di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pengerusi Institut Penyelidikan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun menyeru usaha memperkasa kepimpinan wanita diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berkualiti di Sabah.

“Kita mahu angkat kepimpinan dan penglibatan wanita di Sabah kerana realitinya… masih rendah lagi jumlah pemimpin wanita,” katanya, sambil menegaskan keperluan itu disokong oleh data kajian IDS.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah, yang memberi penekanan kepada kemahiran seperti pengucapan awam, latihan dalam kumpulan dan pembentangan.

Menurutnya, pemimpin wanita perlu memiliki karisma, jelas dalam penyampaian serta membuat persediaan rapi.

“Kita tidak boleh hentam sesuka hati bila berucap… ini yang perlu dielakkan,” jelasnya.

Azizah turut menegaskan pengalaman dan keberanian memikul tanggungjawab penting dalam membina kredibiliti pemimpin, selain keperluan untuk terus menimba ilmu.

“Perlu sentiasa belajar… proses menambah ilmu pengetahuan adalah berterusan dan tidak ada had,” katanya.

Seramai 35 peserta terdiri daripada ahli wanita GRS dari Parlimen Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Sepanggar menyertai bengkel berkenaan.