Bandar Seri Milian Ubah Wajah Kinabatangan – Johainizamshah

Bandar Seri Milian Ubah Wajah Kinabatangan – Johainizamshah

0
SHARE

KINABATANGAN: Daerah Kinabatangan bakal menyaksikan pembangunan bandar moden bernama Bandar Seri Milian, yang dijangka menjadi pemangkin transformasi luar bandar dan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Projek berimpak tinggi seluas 157.48 ekar di Pekan Kota Kinabatangan itu akan dilaksanakan secara kerjasama antara Majlis Daerah Kinabatangan dan SUNMOW Construction Sdn Bhd, tanpa beban kewangan kepada pihak berkuasa tempatan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag, Johainizamshah Johari berkata, projek bernilai RM366 juta itu akan dijalankan dalam tiga fasa selama 15 tahun.

“Di bawah kepimpinan Hajiji, kerajaan negeri tekad memastikan rakyat Kinabatangan menikmati kemudahan moden, akses peluang ekonomi dan persekitaran kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya.

Tambah beliau, projek itu seiring dasar Sabah Maju Jaya dan dijangka menjadi pemangkin pelaburan serta membuka peluang pekerjaan di Pantai Timur Sabah.

“Ini adalah pelaburan untuk masa depan. Bandar Seri Milian bakal menjadi hab pertumbuhan baharu yang merangsang pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, serta mengaktifkan ekosistem keusahawanan tempatan,” tegasnya.

Majlis pecah tanah dijadualkan pada 15 Ogos 2025, disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.