AKANSAS, AMERIKA SYARIKAT – Banduan di salah satu penjara di sini diberikan ubat cacing haiwan ternakan ‘ivermectin’ sebagai rawatan COVID-19.
Mengikut sumber berita The Guardian, Syerif daerah berkenan, Tim Helder mengesahkan kejadian itu.
Beliau tidak mengulas lanjut berapa pesakit dari penjara berkapasi 710 katil diberikan rawatan itu.
“Apa-apa yang doktor mempreskripsikan berada di luar bidang tugas saya,” katanya dalam satu persidangan majlis makhamah daerah berkenaan hal tersebut.

Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada media sosial mereka minggu lalu mengingatkan penduduk berhubung penggunaan ivermectin sebagai rawatan COVID-19.
“Kamu bukan kuda. Kamu bukan lembu. Ini seriuslah. Hentikan ini,” katanya.
Untuk rekod, FDA telah meluluskan penggunaan ivermectin kepada manusia dan haiwan sebagai ubat cacing, kutu dan sesetengah penyakit kulit tetapi tidak sebagai kaedah merawat atau mengelak COVID-19 dalam tubuh badan manusia.

Penyokong sayap kanan AS kuat memuji keberkesanan ubat itu yang kononnya dapat merawat COVID-19.
Pihak Republik itu sejak wujudnya vaksin, mencela ramai kakitangan perubatan kerajaan kerana mendorong rakyat untuk divaksin.





