Banjir Kilat Di Kota Kinabalu, Bilik Gerakan Bencana DBKK Diaktifkan

Banjir Kilat Di Kota Kinabalu, Bilik Gerakan Bencana DBKK Diaktifkan

0
SHARE

KOTA KINABALU – Hujan yang turun tanpa henti sejak petang tadi lebih kurang jam 3 petang sehingga kini menyebabkan kebanyakan tempat di sekitar Kota Kinabalu dinaiki air dan mengalami banjir teruk.

Susulan daripada insiden banjir kilat ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertindak segera dengan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Alam bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kota Kinabalu yang terjejas.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK, Syron Tunggolou berkata, bilik gerakan itu dibuka pada jam 5 petang tadi bagi memantau situasi semasa keadaan banjir kilat.

“Semua kakitangan pelbagai jabatan berada dalam keadaan bersedia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai di sekitar Kota Kinabalu juga turut muat naik dan kongsi beberapa gamabr banjir di laman media sosial Facebook. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menghubungi hotline DBKK ditalian 088-210 011 atau menerusi aplikasi WhatsApp ditalian 010-222 2000 jika terdapat sebarang maklumat berhubung banjir kilat bagi memudahkan bantuan dilakukan dengan kadar segera.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata setakat ini pihaknya hanya menerima tiga aduan orang awam mengenai banjir kilat yang masing-masing berlaku di Inanam, Penampang, dan Kinarut.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan ke tiga lokasi terbabit, anggota bertugas juga turut mendapati terdapat lokasi lain (di sekitar bandar raya) turut dinaiki air,” katanya.

Untuk itu, Mulliadi berkata, pihaknya kini sedang mengemas kini maklumat kawasan yang dinaiki air.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal masih Terperangkap dalam banjir kilat

“Kira-kira 93 anggota sedang bersedia untuk digerakkan (ke lokasi banjir kilat) jika keadaan semakin berlarutan. Dan, setakat ini seramai 18 orang telah digerakkan ke tiga lokasi terbabit,” katanya.

Tanah runtuh di sekitar jalan menuju Bukit Kokol – Menggatal