Bayi Berumur 10 Hari Antara Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Ke PPS Hari...

Bayi Berumur 10 Hari Antara Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Ke PPS Hari Ini

0
SHARE
Pemindahan mangsa di Kampung Sungai Memanjang Sandakan...(Sumber Foto: Ihsan APM)

SANDAKAN, SABAH – Seramai 61 mangsa banjir termasuk seorang bayi berumur 10 hari di Kampung Sungai Memanjang sini telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada 17 keluarga dengan pecahan 23 lelaki dan 37 perempuan yang sedang berteduh di Masjid Nur Iman kampung yang sama.

Pemindahan mangsa di Kampung Sungai Memanjang Sandakan…(Sumber Foto: Ihsan APM)

Seramai 23 daripada mangsa merupakan dewasa dan dua (2) lagi ialah warga emas.

Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata operasi pemindahan bermula pada sekitar jam 2 pagi yang mengambil masa tujuh jam.

Agensi berkenaan dalam laporan terkini berkata seramai 717 mangsa termasuk mereka daripada daerah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Lahad Datu, Ranau dan Sandakan membabitkan 212 keluarga.

Infografik bencan Negeri Sabah – 2 Januari 2022…

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata 22 orang di Kampung Segaliud Kinabatangan terdiri daripada enam keluarga telah dipindahkan Masjid Ar Rahman Kampung Segaliud bermula pukul 10.21 malam semalam.

Pemindahan mangsa di Kampung Segaliud…(Sumber Foto: Ihsan Bomba)

“Tiada Pusat Pemindahan dibuka setakat ini di Daerah Kinabatangan,” katanya sambil menambah operasi tamat pada pukul 2.57 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan semalam menjangkakan barat Sabah untuk mengalami cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang dan malam ekoran luruan monsun sehingga 4 Januari (Khamis).