Sabah Kembali Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Kembali Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat penurunan 41 kes COVID-19 hari ini dengan jumlah terbaru sebanyak 161 KES.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan semasa kes di Sabah bertambah baik.

“Hanya tujuh (7) daerah mencatat jumlah kes baharu dua angka iaitu, Tuaran (27), Kota Kinabalu (24), Papar (12), Penampang (12), Kota Belud (12), Putatan (11) dan Sandakan (10)…

“Enam (6) daerah masing-masing mencatat satu kes sahaja hari ini, dan tidak ada kes baharu di tiga (3) daerah, Kunak, Sipitang dan Kalabakan,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Dalam pada itu, seramai 155 pesakit baharu hari i i berada dalam Kategori 1 dan 2.

Masidi berkata tiga (3) orang berada dalam Kategori 3 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan 5.

“Satu (1) kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Tuaran – 27 (31)
Kota Kinabalu – 24 (43)
Papar – 12 (9)
Penampang – 12 (8)
Kota Belud – 12 (15)
Putatan – 11 (5)
Sandakan – 10 (17)
Beaufort – 9 (10)
Ranau – 6 (17)
Tenom – 6 (5)
Tambunan – 5 (5)
Kota Marudu – 5 (8)
Tongod – 5 (2)
Kuala Penyu – 3 (3)
Semporna – 2 (3)
Beluran – 2 (3)
Keningau – 2 (6)
Kudat – 2 (0)
Telupid – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (3)
Kinabatangan – 1 (1)
Nabawan – 1 (1)
Pitas – 1 (2)
Tawau – 1 (1)
Kunak – 0 (0)
Sipitang – 0 (4)
Kalabakan – 0 (0)