MOSAR Sabah Beri Bantuan Kepada Pendaki Gunung Kinabalu Alami Demam Dan Sesak...

MOSAR Sabah Beri Bantuan Kepada Pendaki Gunung Kinabalu Alami Demam Dan Sesak Nafas

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami demam dan sesak nafas menerima bantuan Pasukan Mountain Search and Rescue (MOSAR) Bomba Sabah.

Mangsa wanita Roslyn Bulongik, 32, dibawa turun menggunakan pengusung Robinson dari Restoran Laban Rata dalam insiden 9 pagi tadi.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, sekumpulan empat pasukan Mosar bergegas ke lokasi dan bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Seterusnya mangsa dibawa turun ke Timpohon Hate menggunakan dan dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Operasi ditamatkan pada jam 2:30 petang.