Insiden Palsu Ancaman Pengganas, 16 Orang Cedera Akibat Panik

Insiden Palsu Ancaman Pengganas, 16 Orang Cedera Akibat Panik

0
SHARE
Sumber Foto; Reuters

LONDON – Seramai 16 orang cedera akibat panik dalam insiden yang disangkakan ancaman pengganas di lokasi tumpuan pelancong dekat Oxford Street di sini semalam.

AFP melaporkan bahawa polis dikerah ke lokasi selepas terdapat laporan tembakan dilepaskan namun tidak menemui sebarang kesan suspek, tembakan atau kemalangan jiwa di kawasan terbabit selepas menutupnya selama lebih sejam.

Pihak berkuasa pada mulanya bertindak selepas menerima laporan tembakan di Oxford Circus dan stesen bawah tanahnya ‘seolah-olah insiden itu ada kaitan dengan pengganas’.

Polis kemudian berkata mereka tidak menemui sebarang bukti berlakunya insiden dan menghantar tweet: “Tindak balas kami di #OxfordStreet sudah dihentikan.”

Stesen Oxford Circus dan Bond Street yang sebelum ini ditutup susulan kekecohan itu juga sudah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa.