Haram Memakan Burung Merak

Haram Memakan Burung Merak

0
SHARE
Burung merak...

PUTRAJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menjelaskan bahawa adalah haram memakan buruk merak disebabkan haiwan itu diketogerikan sebagai jijik.

Memetik laporan Kosmo!, (PMWP) mendedahkan perkara tersebut menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-670 dikeluarkan, hari ini.

Menurut PMWP, penjelasan itu sekali gus menafikan bahawa pengharaman memakannya bukan kerana sifat semula jadi burung merak itu yang sombong dan suka berbangga diri kerana kecantikan.

“Burung itu haram dimakan berdasarkan pandangan mazhab Syafie selain ia adalah binatang yang jijik menurut pandangan masyarakat Arab…

“Para ulama berbeza pandangan berkenaan dengan memakan daging burung merak, namun pendapat yang paling sahih di dalam mazhab Syafie ialah memakan daging burung merak adalah haram,” katanya.

Katanya, antara sebab pengambilan hukum berdasarkan pandangan masyarakat Arab sebagai penentuan halal dan haram dalam pemakanan kerana mereka adalah umat yang mula-mula menerima syariat yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.