NEW DELHI, INDIA – Seorang bayi yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki di India mendapat perhatian penduduk tempatan yang menganggapnya sebagai jelmaan dewa.
Selepas sahaja dilahirkan pada 17 Januari lalu, orang ramai membanjiri Hospital Sadar, timur India untuk menyaksikan sendiri keunikan bayi itu, lapor Daily Star.
Namun, jantina bayi yang mempunyai anngota badan lebih daripada normal itu masih belum didedahkan kepada umum.
Doktor pula mengesahkan bahawa kecacatan dialami adalah berpunca daripada komplikasi kehamilan walaupun ramai percaya bahawa kelahiran itu berkaitan dengan kepercayaan agama.
Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Uttar Pradesh, utara India turut terkenal kerana memiliki empat lubang hidung dengan satu batang hidung.





