Bekas Ketua Penerangan Warisan Kota Kinabalu Bawa 50 Sertai Parti KDM

Bekas Ketua Penerangan Warisan Kota Kinabalu Bawa 50 Sertai Parti KDM

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Bekas Ketua Penerangan Warisan Bahagian Kota Kinabalu, Dennis Chia mengetuai sekumpulan 50 orang kaum Tionghua menyertai parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Penampang semalam.

Mengalu-alukan penyertaan mereka ialah ketua penaja parti KDM Penampang, Mary June G Kinsuat serta ahli-ahli Jawatankuasanya.

Kelihatan digambar, Mary (tujuh dari kanan) mengalu-alukan penyertaan Dennis (enam dari kanan) dan rakan-rakannya dalam satu majlis ringkas di Penampang.