KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu Negeri Sabah kembali menurun di bawah paras 400 kepada 388 KES iaitu penyusutan sebanyak 14 kes berbanding semalam.
Kota Kinabalu keluar daripada zon daerah tiga angka apabila jumlah kes harian susut 28 kes kepada 91 kes baharu hari ini.
Beberapa daerah termasuk Penampang 50 kes (+16) dan Tuaran 28 kes (+11) pula mencatat pertambahan kes baharu.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 14 daerah mencatatkan kes baharu dua angka, 12 daerah merekodkan kes satu angka sementara Semporna merupakan satu-satunya daerah yang tidak mencatat sebarang kes baharu.
“Peratusan jangkitan sporadik juga susut sedikit tetapi masih tinggi pada kadar 55 peratus daripada semua kes yang dilaporkan hari ini…
“Malah, jangkitan sporadik merupakan kategori utama perebakan virus di 19 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam rumusan harian kes.
Tiada kes dilaporkan berada dalam Kategori 3 dan 5 hari ini sementara hanya dua (2) kes dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 91 (119)
Penampang – 50 (34)
Tuaran – 28 (17)
Keningau – 26 (21)
Papar – 23 (31)
Ranau – 19 (6)
Beaufort – 14 (19)
Kota Marudu – 13 (19)
Tawau – 13 (13)
Putatan – 13 (15)
Kota Belud – 13 (9)
Sipitang – 11 (7)
Pitas – 11 (10)
Kudat – 10 (11)
Lahad Datu – 9 (6)
Tambunan – 8 (10)
Tenom – 8 (8)
Kuala Penyu – 7 (12)
Sandakan – 6 (23)
Kinabatangan – 5 (2)
Beluran – 3 (2)
Telupid – 2 (2)
Nabawan – 2 (1)
Kunak – 1 (3)
Tongod – 1 (0)
Kalabakan – 1 (2)
Semporna – 0 (0)





