KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 5,007 hari ini iaitu penyusutan 352 kes berbanding semalam.
Walau bagaimanapun, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu masih amat tinggi.
“Peratusan tinggi jangkitan sporadik dalam komuniti adalah satu petunjuk bahawa jumlah kes harian di Sabah akan kekal tinggi dalam masa terdekat…
“Lebih 63 peratus kes baharu hari ini berpunca daripada jangkitan sporadik dan 21 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes tersebut sebagai kategori jangkitan yang tertinggi,” katanya.
Di Beluran, satu kluster baharu institusi pendidikan diisytiharkan hari ini iaitu Kluster Jalan Beluran Lama.
Masidi berkata ia melibatkan pelajar Asrama SMK Beluran.
“Indeks kes adalah seorang pelajar lelaki, 18 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala dan saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 34 kes…
“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya dalam rumusan kes harian.
Seramai 99.58 peratus daripada 5,007 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Lima orang berada dalam Kategori 3, tiga-belas (13) orang dalam Kategori 4 dan tiga (3) orang dalam Kategori 5.
“Sebanyak 606 kes melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum layak atau belum menerima vaksin manakala seramai 42 daripada 606 pesakit ini adalah bayi dibawah umur satu tahun,” kata Masidi.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 1,265 (1,362)
Penampang – 719 (583)
Tuaran – 466 (494)
Papar – 398 (293)
Tawau – 355 (243)
Sandakan – 250 (207)
Kota Belud – 214 (203)
Beaufort – 185 (233)
Putatan – 167 (457)
Keningau – 161 (166)
Kota Marudu – 129 (150)
Ranau – 121 (147)
Lahad Datu – 113 (244)
Kuala Penyu – 62 (64)
Beluran – 61 (75)
Tenom – 60 (55)
Sipitang – 50 (72)
Pitas – 42 (53)
Telupid – 31 (32)
Kunak – 26 (38)
Kudat – 26 (23)
Nabawan – 21 (26)
Tambunan – 19 (52)
Tongod – 19 (19)
Semporna – 18 (19)
Kinabatangan – 17 (48)
Kalabakan – 12 (1)