Rakyat Di Lumadan Bermunajat Agar Pandemik COVID-19 Berakhir

Rakyat Di Lumadan Bermunajat Agar Pandemik COVID-19 Berakhir

0
SHARE
Ruslan (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan bakul makanan kepada salah seorang wakil KIR yang menjalani kuarantin, selepas mengikuti bacaan Yassin dan doa secara maya di Masjid Nurul Iman, Weston...

BEAUFORT, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam mengajak seluruh rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan untuk bersama-sama bermunajat bagi memohon kepada Allah S.W.T agar dihindari daripada wabak COVID-19.

Ruslan berkata, bacaan Yassin dan doa diadakan di masjid dan surau secara serentak mengikut kawasan di Lumadan.

Katanya, acara ini diadakan Masjid Nurul Iman Weston pada 17 Februari dan juga dibuat secara maya melalui aplikasi Google yang bermula 6.35pm selepas solat Maghrib yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Ruslan turut memberitahu bahawa, bacaan Yassin dan doa itu diadakan secara serentak di 32 masjid dan 33 surau dalam kawasan Lumadan.

Sehubungan itu, Ruslan juga menyeru agar semua ketetapan operasi prosedur standard (SOP) dipatuhi di masjid dan surau-surau memandangkan kes kenaikan jangkitan COVID-19 yang berlaku ketika ini.

Semasa program tersebut, Ruslan turut menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada golongan B40.

Sebanyak 10 ketua isi rumah (KIR) dari Pekan Weston yang menjalani kuarantin menerima sumbangan itu.

“Kita berharap agar wabak ini akan berakhir,” ujarnya.