
LONDON, BRITAIN – Penduduk di Britain berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan bencana banjir kilat susulan gabungan dua ribut taufan Eunice dan Dudley.
Memetik laporan The Sun UK kelmarin, amaran bendera merah yang bermaksud membahayakan nyawa dikeluarkan selepas hampir 90 peratus kawasan di negara itu bakal dibadai angin kencang.
Situasi ribut kencang yang sudah bermula semalam dengan kehadiran Ribut Dudley terlebih dahulu dan disusuli Ribut Eunice pada Sabtu dijangka akan berterusan hingga seminggu.
Menurut Jabatan Meteorologi Britain (MET), ini merupakan insiden ribut paling buruk dalam sejarah negara sejak 30 tahun lalu dan sangat jarang berlaku…
“Ribut Eunice dan Dudley akan menghadirkan angin kencang yang sangat kuat maka, penduduk diminta berhati-hati dengan objek-objek yang diterbangkan bersamanya.
“Bagi kawasan timur situasi akan berangin dengan salji di kawasan yang lebih tinggi manakala di kawasan utara, angin akan bertiup sepanjang pagi,” demikian ciapan jabatan tersebut.