BN, PH Sepakat Kerjasama Hadapi PRN Sabah – Sekreteriat Kerajaan Perpaduan Malaysia

BN, PH Sepakat Kerjasama Hadapi PRN Sabah – Sekreteriat Kerajaan Perpaduan Malaysia

0
SHARE

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah menyatakan kata sepakat untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) akan datang.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi Sekreteriat Kerajaan Perpaduan Malaysia oleh Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

Jelas mereka, mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei 2025 telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN negeri Sabah.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat kebangsaan,” jelas kenyataan tersebut.