Seorang Bapa Maut Di Sebelah Anaknya Selepas Van Mereka Dilanggar Kenderaan Jenis...

Seorang Bapa Maut Di Sebelah Anaknya Selepas Van Mereka Dilanggar Kenderaan Jenis Hilux

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Seorang bapa maut disebelah anaknya setelah van dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu secara mabuk semalam.

Kejadian pada kira-kira pukul 10.40 malam di KM 13 Jalan Papar – Kota Kinabalu, melihat kenderaan Toyota Hilux yang datang dari arah Kota Kinabalu masuk ke lorong bertentangan jalan dan merempuh sebuah Nissan Vanette.

Susulan itu, mangsa, Faisal Lorong, 49, disahkan maut di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar. Manakala anaknya, Mohd Amierul Irfan Faisal, 15, hanya cedera ringan.

Pasukan Bomba sedang mengeluarkan anak mangsa dari kenderaan van…

Siasatan awal polis mendapati keluarga dalam van dari arah Papar dan menuju ke Lokawi Kinarut.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit berkata, pemandu van tidak dapat mengelak kerana kenderaannya bergerak menuruni jalan bukit.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar…

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu Hilux,” katanya.

Keadaan kenderaan jenis Toyota Hilux yang merempuh van terbabit…

Batholomew berkata pemandu itu memecut naik ke jalan berbukit dan memasuki lorong sebelah kanan dan merempuh van terbabit.

“Pemandu Hilux juga disyaki mabuk mengikut keterangan awal saksi mata yang memandu di belakangnya…

“Dia melihat kenderaan Hilux seperti tidak terkawal semasa melalui jalan raya tersebut sebelum sampai di tempat kejadian. Namun, siasatan diteruskan,” katanya.

Keadaan van jenis Nissan Vanette mangsa yang hancur teruk…

Batholomew berkata jalan raya ditempat kejadian mempunyai garisan berkembar ditengah dan gelap tanpa lampu jalan.

Pihak Bomba Daerah Papar pula melaporkan mangsa maut pada awalnya tersepit di bahagian pemandu kenderaan manakala pemandu lelaki Toyota Hilux itu hanya cedera ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)APJ 1987 kerana memandu secara membahayakan sehingga menyebabkan kematian.