KPDNHEP Beri Anugerah AKHP 2021 Kepada 174 Premis Di Sabah

KPDNHEP Beri Anugerah AKHP 2021 Kepada 174 Premis Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 174 premis di seluruh Sabah menerima anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah, Georgie Abas telah menyampaikan sijil kepada penerima di 22 premis-premis perniagaan sekitar daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu semalam.

Katanya, terdapat lapan (8) kategori premis perniagaan yang telah dilakukan penilaian dan terpilih bagi anugerah tersebut iaitu kedai runcit, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar (hypermarket), kedai makan/restoran, gerai makan, kedai alat tulis/buku dan kedai pakaian.

“AKHP ini merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDNHEP secara dwi tahunan sejak tahun 2003…

Georgie memberikan anugerah sijil AKHP kepada pekedai premis sekitar bandaraya Kota Kinabalu…

“Ianya dengan tujuan untuk memberikan pengiktirafan dan seterusnya menggalak premis-premis perniagaan menjual dan menawarkan produk dan barangan pengguna pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

“KPDNHEP melalui kerjasama strategik dengan pemain industri sektor peruncitan akan meneruskan AKHP di masa hadapan bagi mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi domestik,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 2,149 buah premis di seluruh negara telah terpilih sebagai penerima AKHP 2021.