Bojan Hodak Akui Padang Stadium Likas Antara Yang Terbaik Di Malaysia

Bojan Hodak Akui Padang Stadium Likas Antara Yang Terbaik Di Malaysia

0
SHARE
Pengendali KL City FC, Bojan Hodak...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengendali KL City FC, Bojan Hodak dalam satu kenyataan mengakui terkejut dengan padang bola sepak di Satdium Likas yang hampir sempurna dan terbaik ketika pasukannya menentang Sabah FC pada Rabu baru-baru ini dengan keputusan seri 1-1.

“Ia satu perlawanan yang menarik dan pertamanya ia cukup mengejutkan untuk melihat padang Stadium Likas. Secara jujurnya saya boleh katakan inilah salah satu padang yang terbaik di Malaysia…

“Pemain boleh bermain bola sepak yang cantik, ia perlawanan yang seronok, tetapi sayangnya tiada penyokong. Dari segi permainan kita mencipta banyak peluang dan membazirkannya. Ini situasi sama sejak beberapa perlawanan lalu, tetapi tidak banyak yang boleh saya buat kerana terpaksa mempertaruhkan penyerang muda.

Pandangan Stadium Likas Sabah daripada atas…

“Sabah bermain cukup berbahaya terutatam ketika ‘counter-attack’, pemain saya menanganinya dengan cukup baik dan kita ada satu gol dibatalkan, saya tidak tahu kenapa, perlu tengok semula (video), ia mengecewakan tetapi kita perlu bangkit,” jelas pengendali dari Croatia itu yang berpuas hati dengan keputusan perlawanan pada malam itu.

Pada perlawanan yang sengit itu, KL City mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan sendiri tuan rumah Randy Baruh, manakal Sabah FC bangkit semula mengikat kedudukan di separuh masa kedua melalui Levy Madinda.